CHAT Via WhatsApp
diposkan pada : 19-11-2024 16:27:52

Mendapatkan implan gigi adalah pelaburan besar untuk kesihatan dan penampilan senyuman anda. Namun, penjagaan selepas prosedur adalah kunci utama untuk memastikan implan gigi anda tahan lama dan berfungsi dengan baik.

 

Kami di Klinik Gigi Reza Syatri ingin berkongsi beberapa tips penjagaan selepas implan gigi yang perlu anda amalkan.

 

Kenapa Penjagaan Selepas Implan Gigi PENTING?

Selepas prosedur implan, kawasan sekitar implan memerlukan masa untuk sembuh dan bercantum dengan tulang rahang. Penjagaan yang betul dapat:

  • Memastikan penyembuhan berjalan lancar.
  • Mengurangkan risiko jangkitan.
  • Memastikan implan gigi tahan lebih lama dan kekal stabil.

 

Tips Penjagaan Selepas Mendapatkan Implan Gigi

1. Elakkan Tekanan Pada Implan

  • Hari-hari awal: Jangan gunakan implan yang baru sahaja dipasang untuk menggigit atau mengunyah makanan-makanan bertekstur keras.
  • Utamakan makan makanan yang lembut seperti sup, bubur, atau smoothie.

2. Jaga Kebersihan Kawasan Implan

  • Bersihkan kawasan implan dengan berhati-hati. Gunakan berus gigi lembut dan elakkan memberus dengan kuat.
  • Guna mouthwash antiseptic (ubat kumur) yang disyorkan doktor gigi untuk mencegah jangkitan.

3. Jangan Merokok

  • Rokok melambatkan proses penyembuhan dan meningkatkan risiko implan gagal kerana mengganggu peredaran darah di kawasan rahang.

4. Minum Air Secukupnya

  • Air membantu membuang sisa makanan dan bakteria di dalam mulut, menjadikan persekitaran lebih sihat untuk implan.

5. Elakkan Makanan dan Minuman Panas

  • Selepas prosedur, mulut anda mungkin masih kebas. Minuman atau makanan panas boleh mencederakan tisu tanpa anda sedari.

6. Amalkan Pemeriksaan Berkala

  • Hadir ke Klinik Gigi Reza Syatri setiap 6 bulan untuk memastikan implan anda dalam keadaan baik. Pemeriksaan berkala juga membolehkan masalah kecil dikesan lebih awal.

7. Ikut Arahan Doktor Kami di Klinik Gigi Reza Syatri

  • Setiap pesakit mempunyai situasi unik. Pastikan anda mengikuti nasihat dan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor gigi kami.

 

Berapa Lama Implan Gigi Boleh Bertahan?

Implan gigi boleh bertahan lebih daripada 20 tahun jika dijaga dengan baik. Faktor seperti kebersihan mulut, gaya hidup, dan pemeriksaan berkala memainkan peranan penting dalam jangka hayat implan.

 

Klinik Gigi Reza Syatri di Bandar Puteri Bangi, Kajang Selangor Adalah Pilihan Terbaik Untuk Implan Gigi Anda

Klinik Gigi Reza Syatri bukan sahaja menawarkan prosedur implan gigi dengan teknologi terkini, seperti 3D x-ray dan digital intraoral scanning tetapi juga memastikan pesakit mendapat penjagaan menyeluruh selepas rawatan. Kami menyediakan:

  • Konsultasi PERCUMA yang terperinci untuk setiap pesakit.
  • Doktor gigi yang berpengalaman dalam implan gigi.

 

Hubungi Kami Segera Untuk Pertanyaan Lanjut Berkenaan Implan!

Doktor dan pembantu klinik kami sangat berkomited untuk membantu anda mendapatkan senyuman terbaik sambil mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.

📞 Hotline: +60162037256
🌐 Laman Web: https://www.rezadental.com/
📍 Lokasi: 11-1, Jalan Puteri 2A/1, Majli Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Malaysia

Braces Mengubah Senyuman dan Hidup Anda
Klinik Pergigian Reza Syatri, Bandar Puteri Bangi, Kajang, Selangor Malaysia

Posting by Admin

Braces Mengubah Senyuman dan Hidup Anda
Klinik Pergigian Reza Syatri, Bandar Puteri Bangi, Kajang, Selangor Malaysia
Reza Syatri Dental Clinic (Reza Syatri Dental Clinic) is a dental clinic that offers quality and professional dental braces/guards. Want to get a more attractive and confident smile? At Reza Syatri Dental Clinic , we provide the latest braces treatment in Bandar Puteri Bangi, Kajang Selangor with a focus on quality res



555 Kali